Jeritan Batin


Bismmilahirahmannirahim



Menjadi seorang insan yang tidak sempurna dimata mereka-mereka yang sempurna dari segi akhlak dan budi perkati masing2 memang sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Perbezaan,perbandingan, kelainan dan ketidaksamaan menjadi topik utama sesebuah perbualan bagi mereka yang melihatnya. Jurang pergaulan menjadi semakin jauh takkala seseorang itu mula menilai diri orang lain. Apa hebatnya menjadi sempurna?  Apa salahnya menjadi seseorang yang berlainan daripada yang lain? Apa kelebihannya apabila menjadi sama seperti orang itu? Apa buruknya menjadi seseorang yang berlainan? Apa yang didefinisikan sebagai ‘normal’?

Memang tidak dilahirkan menjadi seperti ini. Kita sentiasa diihat sempurna dimata keluarga kita. Kita percaya bahawa setiap bayi yang lahir ke dunia adalah suci sesuci kain putih yang tiada walau secalit warna sekalipun. Bayi adalah amanat dan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang Dia kehendaki. Menjadi tanggungjawab mereka untuk mencorakkan kita namun warna apa yang digunakan itu adalah mengikut citarasa mereka. Persoalannya disini dimanakah salahnya? Adakah dari keluarga? Ataupun dari diri kita sendiri?

Cemburu, iri hati, sakit hati, dengki, dan semua perkara yang negatif datang menyerang di dalam diri tak kala diri kita dinilai oleh seseorang itu. Pandangan mereka, bisikan mereka, tawa mereka dan sindiran mereka sentiasa bermain di kotak minda dek kerana risau yang teramat sangat dan terasa seperti diri ini seolah2 tidak berpakaian apabila berjumpa dengan mereka2 ini. Pelbagai gelaran atau nickname direka bagi tujuan hiburan dan keseronokan mereka. Itu pun jika nama gelaran itu yang baik2 tapi disebaliknya.

 Namun segala perasaan itu terus disimpan dengan cermat dan elok di peti hati ini sehinggakan tiada siapa dapat melihat mahupun mendengar rintihan yang sentiasa kuat berteriak. Kita sentiasa fikir dan menjaga perasaan mereka namun siapa pula yang mahu memikirkan soal perasaan kita? Keluarga? Sahabat? Bahkan mereka yang rapat dengan kita juga kadang kala boleh terlajak tuk menguris hati kita dan berjenaka mengenainya. Bukan untuk menyahlahkan atau memarahi sesiapa tetapi adakah mereka tahu dan memahami soal perasaan kita ini?

Ikutilah kasih ku ini di dalam kalam yang akan ku coretan mengenai hidupku sebagai seorang
‘Budak Gemok’

Comments