Maaf Aku Tidak Mampu
Tak mampu
menjadi seseorang yang sempurna dimata kamu. Tak mampu membahagiakan kamu
seperti mereka yang lain. Tak mampu menjadi seperti mereka. Maaf kerana itu
semua di luar kemampuanku. Aku hanyalah insan yang hina yang kadangkala diri
ini turut jijik melihanya. Namun apabila disisihkan, tidak dipedulikan, sakit
dan pedih itu terasa mendalam dan seakan tertusuk dihiris di hati ini.
...~...
Aku usaha untuk berikan yang terbaik kepadamu namun itu semua hanyalah sia sia kerana
kamu tidak menghargaiku. Segala harapan yang kuinginkan darimu tak langsung
kamu tunjukkan. Malahan orang lain yang mendapat pujian yang mana tidak layak
bagiku. Maaf kerana aku tak mampu nak memendam ini semua lagi. Kekecewaan dan
kekesalan aku sangat tinggi berbanding kebahagianku. Tangisan dan raugan tiada siapa yang dengarkan. Hanya aku sendirian
...~...
Aku tidak cantik seperti mereka. Aku tidak
pintar dan geliga seperti mereka. Sehingga ramai memuji mereka lalu
menengelamkan diriku yang hina ini. Aku tak mampu untuk bersaing seperti
mereka. Aku tak mampu menandingi mereka. Sesungguhnya mereka terlalu hebat
dimata kamu. Aku cuba untuk menyertakan diriku ini ke dunia mereka namun rasa
keasingan itu terlalu banyak membuatkan diriku ini tidak selesa bersama mereka.
...~...
Aku lebih
rela mendiamkan diri daripada menonjolkan diri. Sesungguhannya hidupkan ini
bagai hidup di dalam gua. Dimana memang itu selayaknya bagiku. Tiada sesiapa
disitu, sunyi sepi tanpa pengetahuan luar. Aku lebih selesa bersembunyi kerana
itulah terbaik bagiku pada masa ini. Inilah yang terbaik bagiku. Berjauhan dari sifat iri hati yang bakal ditumbuh jika tidak dihalang. Baik bagi diriku dan mereka.
...~...
Aku terpaksa berpura bahagia dan gembira demi kamu sedangkan realitinya aku memerlukan sokongan daripadamu. Namun kamu lebih rela membahagia mereka berbanding aku dan membiarkan aku bergelimpangan sendiri di dunia gelap ini. Sokongan daripada kamu yang amat aku perlukan sekarang sesungguhnya aku tidak kuat dan lemah untuk menghadapi dunia ini sendirian.
Maafkan
aku
Comments
Post a Comment