Maaf Aku Tidak Mampu
Tak mampu menjadi seseorang yang sempurna dimata kamu. Tak mampu membahagiakan kamu seperti mereka yang lain. Tak mampu menjadi seperti mereka. Maaf kerana itu semua di luar kemampuanku. Aku hanyalah insan yang hina yang kadangkala diri ini turut jijik melihanya. Namun apabila disisihkan, tidak dipedulikan, sakit dan pedih itu terasa mendalam dan seakan tertusuk dihiris di hati ini. ...~... Aku usaha untuk berikan yang terbaik kepadamu namun itu semua hanyalah sia sia kerana kamu tidak menghargaiku. Segala harapan yang kuinginkan darimu tak langsung kamu tunjukkan. Malahan orang lain yang mendapat pujian yang mana tidak layak bagiku. Maaf kerana aku tak mampu nak memendam ini semua lagi. Kekecewaan dan kekesalan aku sangat tinggi berbanding kebahagianku. Tangisan dan raugan tiada siapa yang dengarkan. Hanya aku sendirian ...~... Aku tidak cantik seperti mereka. Aku tidak pintar dan geliga seperti mereka. Sehingga ramai memuji mereka lalu menengelamkan diriku yang...